Thursday, 3 March 2011

PELUANG KEDUA

7.9 juta saman trafik tertunggak dibayar

From Harian Metro(3/3/2011)
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2.4 juta lagi saman tertunggak diselesaikan pesalah trafik selepas kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh pemberian diskaun sebanyak 50 peratus sehingga 10 Mac ini.
Lanjutan tempoh ini menjadikan jumlah keseluruhan saman yang dibayar adalah 7.9 juta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hussin Ismail, berkata pesalah trafik yang masih memiliki 14.9 juta saman tertunggak perlu mengambil peluang kedua ini sebelum dikenakan tindakan tegas.
Menurutnya, jika orang ramai masih lagi gagal membayar saman, kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan akan melaksanakan tindakan menyenarai hitam serta menguatkuasakan Sistem Merit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang boleh mengakibatkan pesalah trafik digantung daripada memandu selama enam bulan.


Ada terbaca seorang pengguna jalan raya yang telah mendapat 8 saman sebanyak RM13,000.00 . Mana penguatkuasaanya? Some thing is seriously wrong.

No comments:

Post a Comment